Saturday, April 25, 2009

Hari ni..

potong rambut,basuh baju, p cimb bank and jogging dgn zuraidi

Friday, April 24, 2009




Pusat Latihan Pidato Professional atau nama singkatannya PULAPI-PRO berperanan untuk melahirkan insan cemerlang yang petah meluahkan kebijaksanaan. PULAPI-PRO mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar dalam melahirkan pemidato-pemidato yang hebat di mana kemahiran dan ilmu pengetahuan merupakan pelengkap utama untuk mencipta kegemilangan dan kecemerlangan di masa hadapan.

PULAPI-PRO menawarkan kursus-kursus pidato merangkumi pelbagai tahap dan bidang kepada semua lapisan masyarakat. Pentingnya pidato dan kemahiran komunikasi dalam pembangunan manusia amatlah nyata dan disokong oleh pelbagai pihak. Pidato membantu seseorang menyampaikan idea dan kreativiti serta menonjolkan kebijaksanaan dalam kemajuan dan pembangunan ummah.

PULAPI-PRO juga diwujudkan atas dasar perjuangan untuk mengenengahkan bakat-bakat muda yang mampu berhujah dengan baik malah dapat mewujudkan motivasi di dalam sanubari mereka untuk muncul sebagai generasi yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

“Mempelajari ilmu pidato itu bukanlah suatu kemahuan tetapi merupakan suatu perkara penting di abad ini. Suatu perkara yang berteraskan kemahuan tidak akan bertahan lama namun suatu perkara yang berteraskan keperluan akan terus kekal selamanya.”

Kenangi

Kenangi sebuah pertemuan
Kerana di situ
Terdapat sebuah kemesraan

Kenangi sebuah pengenalan
Kerana di situ
Terdapat sebuah persahabatan

Kenangi sebuah impian
Kerana di situ
Terdapat sebuah perjuangan

Kenangi sebuah perhubungan
Kerana di situ
Terdapat sebuah kekeluargaan

Kenangi sebuah pengorbanan
Kerana di situ
Terdapat sebuah kecemerlangan

Falsafah Guru

Blog saya

Assalamualaikum..

Saya student UIAM 2009.. Kos Mechanical engineering (automotive)..