Sunday, May 10, 2009

Sajak sahabat

"sahabat di kala aku keriangan mendengar sang camar berlagu riang kau lah teman ketawa ku.. sahabat di kala aku kesedihan mencari sinar pengharapan kau lah teman menangis ku... sahabat kini tiba detik perpisahan mawar merah ku hulurkan tanda persahabat yang abadi untuk kejayaan di masa hadapan" nukilan Dato' Dr Syed Ahmad Syed Samsuddin

Sajak Guruku yg hensem... ( boleh bg kat cikgu sekolah @ lecturer yg slalu bg fail paper)





Sajak Guruku yg hensem... ( boleh bg kat cikgu sekolah @ lecturer yg slalu bg fail paper)

Guru Oh Guru


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu…. dialah bapa…. juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya…. dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG tulis ni...!!! tak tipu
1979

Kembara Ilmu

Kalau tanah ada sempadannya,
kalau tugu ada tiang,
kalau pohon ada akarnya,
kalau bangsa ada bahasanya,
kalau pidato ada perjuangannya,
kalau penyakit ada penawarnya.

Seperti kata falsafah Melayu:
"Hiduplah untuk berbakti kerana orang yang berbakti akan terus hidup namanya walaupun mati"

Ni Ustaz saya.. waktu SPM 2000 kat SMKA Arau


Monday, May 04, 2009


Muslimat dapat Ketua baru, Ulamak kekal pimpinan
KANGAR - Dewan Muslimat PAS Perlis yang mengadakan Muktamar semalam di Dewan Amir Ramadzan HPA, Jejawi Dalam telah sepakat memilih ketua yang baru.

Hajjah Latifah Mat yang juga Ketua Dewan Muslimat Kawasan Arau telah dipilih sebagai Ketua yang baru secara syura.

Begitu juga dengan jawatan Timbalan dan Naib Ketua, pemilihan turut dibuat secara syura.

Hajjah Haton Osman dipilih sebagai Timbalan Ketua dan Ummu Aiman Salleh pula dipilih sebagai Naib Ketua.

Sementara itu, Dewan Ulamak PAS Perlis yang mengadakan Muktamar di tempat yang sama Sabtu lalu mengekalkan ketiga-tiga jawatan tertinggi sayap parti itu.

Pada Muktamar kali ke-34 Dewan Ulamak PAS Perlis, Ustaz Abdul Rashid Abdul Rahman kekal sebagai Ketua dan akan dibantu oleh Ustaz Khalil Adnan sebagai Timbalan Ketua dan Ustaz Salleh Adam sebagai Naib Ketua.
Posted by peghelihla.blogspot.com at 2:47 AM 0 comments

Saturday, May 2, 2009

Seperti kata guru saya:


Make a Lady Bug Note at BlingPixie.com

lagi 1 bulan..

penantian selama 5 bulan setengah praktikal kat Rapid KL akan berakhir... tetapi byk keje nak wat... hmmm elaun x masuk lagi... nampak gaya kene lepak kat UIA.. mcm2 cabaran n dugaan sepanjang praktikal ni.. yg penting aku kena bersemangat!!!

kene marah biasa la... tahan telinga je la.. walaupun down skit... tp log book mau kasi siap!! ada 30% lagi hehehe.. slide lagi 75% hmmm... apapun ilmu yg dpt kene diterjemahkan di hadapn my visiting lecturer dan Supervisor..

aku kene bersemangatt!! jgn putus asa...

seperti kata dato' dr sYED aHMAD (cikgu pidato):

Semangat cekal jiwa berani,
sekali genggam jadikan bara,
PERUBAHAN SIKAP HARUS DIUJI,
kELAK SAMPAI KE PUNCAK JAYA...

jaya dunia jaya akhirat...

thanks to all my frens, gud luck may Allah bless we all!!!!

Friday, May 1, 2009

i am bz...

wat report log book n presentation slide tuk Dr. Waqar Asrar( head of department mechanical engineering) for EIT. hmmm.. asal la aku kene lecturer yg ni.. hod lak tu.. 5-10may 2009.. 29 may 2009 ------> graduate yay!!!! alhamdulillah...

1) Preventive maintenance
2) Carbody
3) Bogies
4) Pneumatics and hydraulics

gud luck 2 me (^_^)